Friday, May 28, 2010

Barang Terpakai

Dengar kata barang terpakai dapat di jual dgn mudah dalam internet ini. terasa nak gak jual kat sini.. macam mana eekkkkkk

Sunday, March 21, 2010

Sirih Pulang Ke Gagang

Ada pun pada suatu hari seorang bapa merajuk lalu membawa diri dari keluarganya.... Dia pun berjalan-jalan tampa arah tujuan. tiba-tiba dia terjumpa dengan seorang hartawan yang baik hati. hartawan itu pun mengajaknya bekerja dengan beliau. Dengan gembira bapa tadi pun bersetuju menerima perlawaan tersebut.

Lalu dia pun pulang kepada keluarganya untuk memberitahu bahawa dia sudah mempunyai keluarga baru.. Dia dengan gembiranya menyatakan dia tidak lagi perlukan keluarga ini.. Dengan bangganya dia pergi meninggalkan keluarganya dengan membawa semua barang-barangnya tanpa ditinggalkan walaupun sehelai kertas..

Namun Allah maha segala-galanya.. Harapan besar yang dibawanya untuk bersama-sama keluarga baru musnah apabila hartawan tersebut telah memilih orang lain untuk bekerja dengannya.. Hampalah harapan yang dibawa oleh bapa tadi..

Kini si bapa tiada arah tujuan.. Terpaksalah dia kembali kepangkuan keluarg yang dibencinya.. Anak-anak yang ditinggalkan oleh si bapa berasa terkilan dengan sikap si bapa.. Mereka menyambut kepulangan si bapa dengan perasaan hambar.. Kasihan si bapa..

Wednesday, March 3, 2010

HARI INI

Hari ini aku mendapat berita gembira.. dan sedih pun juga.. bukan kerana aku sayang tetapi kerana aku manusia..

berita gembira...
tak la gembira sangat.. cuma kerana ketua aku bertukar ke tempat baru.. tak la lagi aku n kengkawan akan kena bambu setiap hari.. tetapiiiiiiiiii......

kesihan pun ada juga....

aku tak boleh bayangkan jika aku berada ditempatnya... bayangkan ketiadaan kita menggembirakan orang lain... hidup ini kita berhubung dengan orang lain.. tetapi kalau kita tidak disenangi oleh orang-orang di sekeliling kita.. apa yang patut kita lakukan..

di sini
aku nasihatkan ketuaku itu agar beliau dapat mengubah sikap dan pendekatan bila berada di tempat baru.. sebab segagah mana pun kita, kita masih memerlukan orang lain dalam hidup kita..

Tuesday, March 2, 2010

Aku Ketua

Aku ketua
Aku adalah seorang ketua
Aku akan lakukan apa saja...
yang
Aku fikirkan baik
untuk aku
untuk masa depan aku..

Kau...
Kau marhain...
di bawah telunjuk aku
di bawah kekuasaan aku

kau...
tidak layak bersuara
tidak layak membantah
tidak layak memberikan pandangan

Tugas kau..
ikut telunjuk
ikut perintah
bila
aku suruh diam kau diam
aku suruh kau angguk kau angguk
aku suruh kau geleng kau geleng..

itulah aku..

Tapi hari ini
aku akan pergi
bukan kerana kau
bukan kerana aku
tapi kau akan bebas......


Monday, March 1, 2010

PENDERAAN KANAK-KANAK

SEKARANG SELALU KITA DENGAR PASAL PENDERAAN KANAK-KANAK.. YANG PALING SADIS YANG DERA TU ORANG YANG PATUT BERI PERLINDUNGAN KEPADA KANAK-KANAK TERSEBUT.. IBU YANG MENGANDUNGKANNYA SELAMA 9 BULAN SEPULUH HARI PUN SANGGUP DERA ANAKNYA SENDIRI..HANYA KERANA SAYANGKAN TEMAN LELAKI IBU SANGGUP BIARKAN ANAKNYA DIDERA.. MANUSIA APAKAH INI..

KENAPA MASYARAKAT MALAYSIA YANG DIANGGAP SEBAGAI MASYARAKAT YANG PERIHATIN TERHADAP MASALAH ORANG LAIN BOLEH MENJADI SEPERTI BINATANG.. APA PANDANGAN ORANG ASING BILA MENDENGAR BERITA SEPERTI INI..

SUNGGUH MEMALUKAN...

INSAFLAH IBU-IBU BAPA-BAPA YANG SUKA MENDERA ANAK SENDIRI.. TAK TAKUTKAH KALIAN APABILA DIPERTANGGUNGJAWABKAN TENTANG PERBUATAN KAMU TERHADAP ANAKMU SENDIRI..

KAMU BERTUAH SEKIRANYA MEMPUNYAI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.. TETAPI JIKA KAMU TIDAK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KAMU, BAGAIMANA ANAK-ANAK HENDAK MENDOAKAN KEBAHAGIAAN KAMU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT..

Sunday, February 28, 2010

TEKNIK CERAMAH

Aku pernah belajar teknik-teknik nak berceramah.. kalau sesapa nak balajar ngan aku cara-cara nak ceramah ni boleh la.. nak jadi penceramah lah kononnya.. tapi tuk student yang nak bentang paper penting ooo teknik ini

Ada dua fasa nak bagi cceramah ni..

1. Fasa sebelum ceramah
2. Fasa semasa ceramah

Fasa sebelum ceramah

Kena la buat persediaan awal.. Topik yang kita nak ceramah tu kena la kuasai... kalau tak macam mana nak ceramah kat orang..

Kalau ceramah tu kat tempat yang kita tak pernah pergi.. Kena la g survey awal-awal.. lagi elok kalau g 1 hari sebelum supaya tak ler tercari-cari pada hari nak ceramah tu..

Yang lebih penting lagi kena tau tarikh dan masa nak ceramah tu sebab takut-takut nanti org jemput ceramah pagi kau pergi petang.. Orang jemput bulan 1 kau pergi bulan 2 kan dah lepas.. Dan yang paling penting kau ada kontak no orang yang jemput kau. Sebab kalau kau lupa tentang tarikh ke tempat ke atau masa kau boleh call dia tanya.. tak lah kau terkial-kial nanti..

Pas tu Fasa semasa ceramah

Kau kena la ada satu topik khas yang kau nak ceramahkan.. Isi yang cukup dan huraian isi yang sesuai..

Lepas tu kau kena buat nota kecik supaya semasa ceramah bila kau lupa apa yang kau nak cakap dapat la kau rujuk.. Kalau kau nak ceramah kau tu hidup kau kena la hafal.. kalau baca teks kau akan jadi kaku n terikat dengan teks.. Nak bagi audian kau seronok lagi bagi contoh-contoh yang sesuai dan kelakar..

last sekali kena ada keyakinan diri la apa yang akan kita sampaikan tu hanya kita saja yang tau.. so tak la menggelabah bila nampak prof kat depan n kengkawan yang dah tentunya nak mengenakan kita dengan soalan-soalan yang nak bagi kita kantoi..

Dah selesai bab ceramah.... Hope petua ni akan dapat kau orang guna untuk ceramah or seminar yang kau orang kena buat tu.. Good luck...



Saturday, February 27, 2010

kreativiti dan inovasi

Ptg tadi aku g dengar ceramah tentang kreativiti dan inovasi.. best gak... sebab baru aku tahu tentang fungsi otak kanan dan kiri.. selama ni aku hanya guna otak kiri rupanya.. sebab aku ni bukanlah orang yang suka berangan-angan.. aku hanya fikir secara logik jer.. apa yang ade di depan aku jer.. rupanya orang seni lebih kreatif dari aku.. n mereka juga akan menjadi lebih inovatif jika guna otak kiri juga.. penceramah tu cakap akan datang orang yang kreatif dan inovatif akan jadi orang yang kaya raya.. sekarang ni pun orang yang kreatif n dah patenkan hasil ciptaan mereka dah kaya raya... aku gak yang terhegeh-hegeh cari duit saku...