Sunday, February 28, 2010

TEKNIK CERAMAH

Aku pernah belajar teknik-teknik nak berceramah.. kalau sesapa nak balajar ngan aku cara-cara nak ceramah ni boleh la.. nak jadi penceramah lah kononnya.. tapi tuk student yang nak bentang paper penting ooo teknik ini

Ada dua fasa nak bagi cceramah ni..

1. Fasa sebelum ceramah
2. Fasa semasa ceramah

Fasa sebelum ceramah

Kena la buat persediaan awal.. Topik yang kita nak ceramah tu kena la kuasai... kalau tak macam mana nak ceramah kat orang..

Kalau ceramah tu kat tempat yang kita tak pernah pergi.. Kena la g survey awal-awal.. lagi elok kalau g 1 hari sebelum supaya tak ler tercari-cari pada hari nak ceramah tu..

Yang lebih penting lagi kena tau tarikh dan masa nak ceramah tu sebab takut-takut nanti org jemput ceramah pagi kau pergi petang.. Orang jemput bulan 1 kau pergi bulan 2 kan dah lepas.. Dan yang paling penting kau ada kontak no orang yang jemput kau. Sebab kalau kau lupa tentang tarikh ke tempat ke atau masa kau boleh call dia tanya.. tak lah kau terkial-kial nanti..

Pas tu Fasa semasa ceramah

Kau kena la ada satu topik khas yang kau nak ceramahkan.. Isi yang cukup dan huraian isi yang sesuai..

Lepas tu kau kena buat nota kecik supaya semasa ceramah bila kau lupa apa yang kau nak cakap dapat la kau rujuk.. Kalau kau nak ceramah kau tu hidup kau kena la hafal.. kalau baca teks kau akan jadi kaku n terikat dengan teks.. Nak bagi audian kau seronok lagi bagi contoh-contoh yang sesuai dan kelakar..

last sekali kena ada keyakinan diri la apa yang akan kita sampaikan tu hanya kita saja yang tau.. so tak la menggelabah bila nampak prof kat depan n kengkawan yang dah tentunya nak mengenakan kita dengan soalan-soalan yang nak bagi kita kantoi..

Dah selesai bab ceramah.... Hope petua ni akan dapat kau orang guna untuk ceramah or seminar yang kau orang kena buat tu.. Good luck...



Saturday, February 27, 2010

kreativiti dan inovasi

Ptg tadi aku g dengar ceramah tentang kreativiti dan inovasi.. best gak... sebab baru aku tahu tentang fungsi otak kanan dan kiri.. selama ni aku hanya guna otak kiri rupanya.. sebab aku ni bukanlah orang yang suka berangan-angan.. aku hanya fikir secara logik jer.. apa yang ade di depan aku jer.. rupanya orang seni lebih kreatif dari aku.. n mereka juga akan menjadi lebih inovatif jika guna otak kiri juga.. penceramah tu cakap akan datang orang yang kreatif dan inovatif akan jadi orang yang kaya raya.. sekarang ni pun orang yang kreatif n dah patenkan hasil ciptaan mereka dah kaya raya... aku gak yang terhegeh-hegeh cari duit saku...

kejutan baru

hari ini bermula satu kejutan baru dalam hidup ku... aku baru jer belajar create blog... ni pung niece aku yang ajoo... konon-kononnya nak jadi macam bloger boy lah tu...